Nazri Aziz luluskan projek RM99.6 juta dalam masa sehari tetapi SPRM tangkap Pengerusi Tourism Malaysia!

Awal Januari 2019 seorang bekas pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Dr Siew Ka Wei taikun media direman SPRM selama empat hari bagi siasatan kes salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

ditangkap ceo dan pengerusi.jpg

Turut direman, seorang wanita bernama Elizabeth Ken ketua pegawai eksekutif CEO Geeko Tech Sdn Bhd yang juga perempuan simpanan kepada pengerusi itu bagi siasatan kes yang sama.

Siapa Dato’ Dr Siew Ka Wei? Dr Siew Ka Wei bekas Pengerusi Tourism Malaysia adalah Pengerusi Redberry Media Group dan Ancom Bhd

Tourism Malaysia kes 1- nazri chairman.jpg
Nazri Aziz melantik proksinya sebagai Pengerusi Tourism Malaysia

Ms Elizabeth Ken CEO Geeko Tech Sdn Bhd

elizabert ken2.jpg
Elizabeth Ken
tm-geeko-alamat rumah1
alamat syarikat Geeko hanya di rumah kediaman CEO Elizabeth Ken
TM-GEEKO ALAMAT RUMAH.jpg
elizabeth-ken redberry.png
Pengerusi Tourism Malaysia lantik Syarikat sendiri Geeko Tech Sdn Bhd

Speedy Gonzalez!

Pernah dengar pendedahan Wee Choo Keong bekas pengerusi Tourism Malaysia sekitar Mei hingga Jun 2018? Ia sebuah kontrak promosi bersama Tencent Group China bagi projek Pelancongan Pintar dibuat tanpa menepati peraturan perolehan Kementerian Pelancongan.

Sepatutnya penangkapan Pengerusi Tourism Malaysia dan Geeko Tech Sdn Bhd dapat mengheret Dato’ Seri Nazri Aziz bekas Menteri Pelancongan berdasarkan kuasa Menteri dalam meluluskan projek. Namun dari segi teknikal mungkin Nazri Aziz berjaya mengelakkan dirinya dan berjaya menggunakan pegawai di Kementerian sebagai kambing hitam seperti KSU dan Ketua Pengarah. Secara umumnya tiada siapa mampu mengarahkan meluluskan projek kementerian dalam masa sehari melainkan hanya Menteri.

Mari kita lihat Kronologi Kes Tourism Malaysia dan Geeko Tech Sdn Bhd

3-4-2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian & Rundingan Harga (JKPTRH) proposal Geeko Tech Sdn Bhd melalui platform Tencent Group dengan kos RM99,693,000.00. JKPTRH panjangkan kepada Lembaga Perolehan “A” Kementerian untuk buat keputusan.

4-4-2018  –  YB Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bersama dengan Pengerusi Tourism Datuk Siew Ka Wei melancarkan projek Digital Marketing ke China di Istana Hotel.

tm-geeko 2

Pada tarikh yang sama TM memberikan Letter of Intent kepada Geeko Tech Sdn Bhd ditandatangani oleh Datuk Mirza Mohamad Taiyap, Ketua Pengarah Tourism Malaysia RM99.693 juta selama 2 tahun.

4-4-2018– Letter of Acceptance dari Geeko ditandatagani CEO Ms Elizabeth Ken

tm -geeko 3- loi

Hari yang sama 4-4-2018 , GEEKO membalas surat LOI TM “We are delighted to accept the offer and agree to the content of the letter of intent.”  

Bukan sahaja alamat syarikat Geeko di rumah kediaman malah saham Ms Elizabeth Zen Tzu Ying dalam Geeko hanyalah 1 saham sahaja. Menjadikan Geeko relevan Koperasi Kakitangan Kemeterian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia Berhad dipaksa membeli 10,000 saham.

tm-geeko 4- ssm
Elizabeth Ken hanya ada 1 Saham

4-4-2018 – Mesyuarat Lembaga Perolehan “A” di Kementerian Pelancongan

tm-geeko 5- lpa1
tm-geeko 5- lpa2
Perkara  1.3 Minit Lembaga Perolehan “A” 
tm-geeko 5- lpa3

Perkara 1:3 Minit Lembaga Perolehan “A”  jelas “…setiap perolehan yang akan dibincangkan di dalam LPA ini mesti mempunyai peruntukan yang mencukupi. Sekiranya tiada peruntukan, mesyuarat ini tidak boleh diadakan, sebagaimana dinyatakan dalam SOP Tempahan Terus Media LLPM 2018”. 

4.4.2018 – Memo Bahagian Pentadbiran TM memberi peringatan tentang keputusan Lembaga Perolehan A Kempen Periklanan Digital bagi Pasaran China menggunakan Platform Tencent.

TM-GEEKO- MINIT bPENTADBIRAN.jpg

4-4-2018 – Memo Bahagian Pentadbiran Tourism Malaysia- Peringatan mengenai syarat pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) projek. 5 Perkara perlu diambil maklum.

Penyediaan dokumen kontrak GEEKO

Lebih luar biasa pada tarikh yang sama Puan Nor Razifah Siarap (Adik beradik Datuk Kamarudin Siaraf) dapat menyiapkan dokumen perjanjian syarikat Geeko dalam beberapa jam untuk disiapkan pada tarikh 4 April 2018. Sangat pantas…..

tm-geeko- agrement1.jpg
tm-geeko- agrement2.jpg
tm-geeko- agrement3.jpg

Geeko dapat kontrak 4 April 2018 tetapi dokumen Sijil berdaftar dengan Kementerian Kewangan adalah 6 April 2018. Kawtim yang luar biasa!

TM-GEEKO PERAKUAN MOF1.jpg

Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat di MOF ialah pada 6 April 2018 tetapi Geeko dapat LOA projek Kementerian Pelancongan ialah 4 April 2018. Hebat tak?

Bukan itu sahaja di bawah Tata Peroalehan Perkhidmatan Penyiaran Pengiklanan Melalui Media Cetak dan Media Elektronik agensi TM melanggar peraturan atau Pekeliling dari MOF. Kuasa pelantikan secara Rundingan Terus adalah kuasa MOF.

TM-GEEKO - PEKELILING MOF1.jpg
TM-GEEKO - PEKELILING MOF2.jpg
Pelantikan oleh Agensi dan Kementerian hanyalah terhad RM50,000. Lebih dari itu ialah kuasa Kementerian Kewangan Malaysia

6-4-2018     –  Datuk Najib PM ketika itu menggumumkan pembubaran parlimen

10-4-2018  – Letter of Appointment (LOA) dari TM kepada Geeko. Hanya 6 hari. Geeko juga menerimanya pada hari yang sama.

TM-GEEKO- LOA GEEKO1.jpg

25-4-2018 – GEEKO mengemukakan Sijil Perakuan Siap untuk membuat tuntutan RM11,693.160.00 “Work Completion Certificate” ditandatangani oleh Ms Elizabeth Ken Tzu Ying.

27-4-2018 –  Datuk Seri Khani Daud, Timbalan KP TM meluluskan bayaran RM11,693.160.00 Invoice NO: 002/2018.

tm-geeko-claim 11 juta

Jadi tangkapan SPRM itu adalah berasaskan kerana kontrak Geeko ini adalah tercepat dalam sejarah Malaysia. Kontrak digelar “Speedy Gonzales” RM99.963 million dalam masa 6 hari. Dan penghujung bulan untuk tuntutan kewangan.

Jika ada sesiapa beranggapan ia mengheret untuk Nazri Aziz ia jawapan pro dan kontra kerana Menteri memang mempunyai kuasa di bawah Akta Kontrak 1949 menandatangi kontrak atau menurunkan kuasanya kepada KSU atau pegawai di kementeriannya. Tengok apa ‘game’ SPRM untuk bermain Seksyen 23 Akta SPRM atau Dato’ Dr Siew Ka Wei dan Elizabeth Tan pula menjadi saksi untuk memperakukan sejumlah wang telah diberi….

Atau memang SPRM melindungi Nazri atas sebab-sebab kuasa tertentu mengarahkan SPRM menutup kesnya. Jika Zahid Hamidi, Mahdzir Khalid, Hishammudin Tun Hussien dan Najib Razak boleh dipanggil SPRM untuk keterangan dan siasatan amat tidak logik Nazri Aziz tidak dipanggil SRPM.

Datuk Rashidi bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dipanggil memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Begitu juga Datuk Mirza KP Tourism Malaysia.
Namun masih misteri Nazri Aziz belum dipanggil SPRM sedangkan beliau Menteri meluluskan
projek keluulsan sehari itu

Dan hari ini Nazri berkata hanya Najib Razak yang salah punca BN kalah namun lupa dia adalah antara punca Sabah Sarawak menolak BN dengan sikap sombongnya sebagai menteri serta terkenal dengan sikap ‘Kaki Rompaknya’.

Leave a comment